NADI E-Sukan - Etika Dalam Komuniti e-Sukan
4 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 04 September 2026 telah diadakan satu Webinar e-Sukan dengan tajuk Etika Dalam Komuniti e-Sukan yang berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengamalkan etika yang baik dalam komuniti e-Sukan serta membentuk sikap positif ketika berinteraksi dalam persekitaran permainan digital.
Sepanjang webinar, peserta diberikan penerangan berkaitan kepentingan menghormati pemain lain, mengamalkan semangat kesukanan, mematuhi peraturan permainan dan mengelakkan perbuatan seperti buli siber, provokasi, penggunaan bahasa kasar serta penipuan dalam permainan. Peserta turut didedahkan kepada kepentingan menjaga privasi dan keselamatan akaun ketika bermain permainan dalam talian.
Selain itu, webinar ini menekankan bahawa e-Sukan bukan sahaja berkaitan kemahiran bermain, malah memerlukan disiplin, kerjasama, komunikasi dan tanggungjawab dalam kalangan pemain. Secara keseluruhannya, program ini memberikan manfaat kepada peserta dalam memahami kepentingan etika serta membina komuniti e-Sukan yang lebih selamat, sihat, profesional dan harmoni.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: